IrffanSabri Irffan Sabri: Mengenali sayang dan wayang~

Sunday, November 18, 2012

Mengenali sayang dan wayang~

Teringat kisah yang lalu menghiris jiwa, Hargailah apa yang dimiliki sehingga ke hari ini. Saat baik semuanya indah belaka, Pabila tidak ada saja yang tidak kena.
INDAHNYA SAAT BERSAMA
Dalam kehidupan kita, masing-masing ada cerita, bezanya cuma keadaan, situasi juga cara. Inilah perhubungan dalam kehidupan. Kita hanya mampu merancang, sehebatmanapun rancangan itu, takdir Allah swt tetap penentu segalanya. Tak kira dengan siapa pun malah keluarga sendiri, tidak dinafikan kita impikan kebahagiaan tapi kita tak duga akan datangnya kemurungan. Saya berpegang juga pada ini: Boleh jadi kamu suka sesuatu sdgkn ia buruk bagimu dan blh jadi kamu membenci sesuatu sdgkn ia baik bagimu Oleh itu, berhati-hatilah. Bagi diri saya sendiri yang telah beberapa kali terputus kasih sesama insan akui bahawa saya sangat sedih dan kecewa namun saya percaya Allah swt tetap berikan yang terbaik utk saya. Hidup tanpa dugaan bukan sebuah kehidupan.

Ya allah ya tuhanku aku hamba yang hina.. sebegini ujian yg kuterima.. aku terima dgn hati yg terbuka.. walau hatiku terluka.. aku tetap mngukirkn snyuman untuk semua.. walau aku sendri tertanya2.. apa dosaku..apa salahku padanya.. ku terasa seperti tidak diendahkannya... aku bersyukur kerana msih punya MU ya ALLAH..tuhan yg mncipta segala..

Hari demi hari, saya cuba untuk menjadi lebih baik. Belajar daripada kesilapan. Alhamdulillah kawan-kawan ramai yang memberi sokongan. Saya hargai sekali semuanya. Namun saya sentiasa berhati-hati dan terus mengenal siapa sayang dan siapa wayang agar saya boleh menguruskan hal ini dengan sempurna dengan senyuman. Agar bibirku sentiasa senyum melihat kamu :) SENYUM!!!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment