IrffanSabri Irffan Sabri: Kerana Aku Anak Melayu...

Monday, November 5, 2012

Kerana Aku Anak Melayu...

Assamualaikum W.B.T
rakan-rakan, bloggers, pengunjung yang dihormati,
ini adalah post pertama saya dan saya berharap ia akan berterusan. Insyaallah.

Melayu....
Apa itu melayu? dimanakah dia? siapakah dia?
secara ringkasnya kita boleh tahu sejarahnya di sini

Tapi apa yang saya ingin perkatakan sekarang bukan soal sejarah dan apa yang telah terjadi sejak turun temurun yang lalu. Tapi ingin menyatakan kenapa dan untuk apa bangsa ini dilahirkan.

Di Malaysia, sebut sahaja Melayu, sudah pasti Islam seiring dengan pandangan seseorang terhadap Melayu berkenaan. Lebih spesifik lagi ada pepatah "Takkan Hilang Melayu di Dunia". Itulah salah satu drpd pepatah bahasa orang Melayu. Cuba kita renungkan sejenak kemana hala tuju bangsa ini pada keesokan hari, adakah kita sudah tunaikan kewajipan kita?
Lihat anak muda kita, yang baik alhamdulillah, yang sudah hanyut takziah. Pernahkah kita fikir yang terbaik untuk generasi kita? sudah-sudahlah fikirkan diri sendiri, sekurang-kurangnya berjasalah pada bangsa dan agama.





Melayu ni sinonim dengan Islam, apabila kita bercakap soal perjuangkan bangsa sendiri fahamlah apa yang kita perjuangkan sebenarnya adalah agama. Jelas sekali tidak ketepikan agama tetapi mulut orang tidak ada kesudahanya mencari salah silap dan kelemahan orang lain. Inilah sikap dan mentaliti yang digunakan oleh sebilangan besar masyrakat. Bukan salah bangsa, salahkan diri sendiri.

Sikap? berikut antara sikap-sikap buruk yang popular dikalangan orang Melayu:

1. MEMANDANG RENDAH DAN TAK YAKIN PADA BANGSA SENDIRI
2. LEBIH PERCAYA PADA BANGSA LAIN 
3. SUKA MENANGGUHKAN SESUATU PERKARA 
4. HANYA PANDAI MENGKRITIK TANPA MELAKUKAN SESUATU YANG MEMBANTU 
5. DENGKI 
6. TIADA SOKONGAN BANGSA SENDIRI.


Tujuan saya menulis ni sekadar menggambarkan secara ringkas kelemahan kita sendiri dalam ekonomi di negara kita yang makmur. Apabila perahu sudah terlajak, bukan bermakna kita akan terus hanyut, tapi berusahalah untuk kembali kepangkal. TEPUK DADA TANYA IMAN.



Aku Anak Malaysia Merdeka, Kita semua Anak Malaysia Merdeka !! Bukan sekadar menyanyikan lagu Saya anak Malaysia di bibir, bukan saja menghafal fakta sejarah, bukan sahaja negara kita telah mencapai kemerdekaan, bebaskan minda kita dari dijajah benda asing.




Aku Anak Malaysia Merdeka mahu kamu semua sedar dari lamunan mimpi. KALIAN Anak Merdeka Malaysia tahu tak berapa buah negeri dalam Malaysia? Aku anak Malaysia Merdeka tahu semuanya ada 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan. Tahu tak apa nama rasmi bendera Malaysia? Aku anak Malaysia Merdeka nak bagitahu awak semua, pada 31 Ogos 1997, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memilih nama Jalur Gemilang bagi bendera Malaysia. Tahu tak bunga kebangsaan Malaysia? Aku Anak Malaysia Merdeka mestilah tahu, sudah semestinya Bunga Raya. Aku anak Malaysia Merdeka sudah lama hafal lagu Negaraku dan Rukunegara.



Demi Allah swt, selagi saya masih bernafas saya akan perjuangkan nasib bangsa kerana bukan senang kita dapat merasa kemakmuran pada hari ini dengan kesyukuran atas jasa pemimpin-pemimpin terdahulu. Untuk masa depan kita semua yang cerah, termasuk anak-cucu kita supaya mereka dapat merasakanya. Seperti biasa saya juga manusia biasa yang tidak terlepas drpd melakukan kesilapan. Mohon diampunkan salah silap saya.


Hidup biarlah berbakti, biasalah kalau disakiti, kalau kita tak rasa macamana kita nak kenal sakit kan? begitulah  juga kalau kita tak cintakan bangsa dan diri kita sendiri, bagaimana kita nak kena erti syukur?

Marilah kita bersatupadu, belajar mengasihi antara satu sama lain dibawah satu bumbung yang sama kerana kita semua adalah sama sahaja tak kira miskin kaya, cantik hodoh dan sebagainya. Jangan anggap diri kita ini teruk kerana semua orang diberi kesempatan untuk berubah. Demi Melayu!



!ISLAM DIUTAMAKAN, MELAYU DIKEKALKAN!






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment