IrffanSabri Irffan Sabri: December 2013

Sunday, December 29, 2013

Penampilan dari segi Politik




Pejuang atau penyokong cenderung untuk menjadi lebih tinggi dalam sifat personaliti dipanggil peraturan dan lebih rendah dalam keterbukaan. Ini bermakna mereka lebih prihatin tentang rasa perintah dan tradisi, menyatakan motif psikologi yang mendalam untuk mengekalkan struktur sosial semasa, ada juga kerana jasa menjadi ikatan berlanjutan sehingga keterlanjuran. 


Dewasa kini, istilah pencacai politik "macai" sering digunapakai sebagai bahan untuk menunjukkan tahap seseorang itu rendah, mungkin kerana tiada modal atau kadang-kadang betul juga. Apabila Islam diketegahkan, panggilan itu tidak seharusnya digunakan oleh orang Islam untuk menggelarkan saudaranya, haram sama sekali. Kerana ia melibatkan kita menghina atas dasar emosi. Siapa macai? mereka adalah pengikut, yang bergerak atas arahan. Siapa yang memberi arahan? mestilah mereka yang berkedudukkan tinggi. Jadi, janganlah membuang masa, sehingga dilabelkan atau melabelkan orang macai, kerana kecundurungan kita tanpa berpijak di bumi yang nyata. Orang yang tidak tahu fakta tetapi membenarkanya, adalah orang yang jahil. Personaliti sendiri sudah tergugat.

Tambahan lagi, terdapat personaliti dan gaya hidup perbezaan antara liberal dan konservatif serta pembolehubah keadaan yang mendorong perubahan sama ada liberal atau konservatif dalam politik. Tesis kita ialah sistem kepercayaan ideologi mungkin berstruktur mengikut dimensi kiri kanan atas sebab-sebab sebahagian besarnya psikologi dikaitkan dengan kepelbagaian dalam keperluan untuk mengurangkan ketidakpastian dan ancaman.

Jadilah orang yang berjaya, berjaya dalam hidupnya. Berbakti kepada Islam, bangsa dan negara walau dalam diam mahupun terang-terangan. Jangan hanya cakap kosong dan berlagak pandai dalam dunia sendiri. Kawan-kawan ktia kenal siapa kita. Legistimasi itu anugerah, kita tak boleh paksa orang hormat kita atau sokong kita. Saya selalu berpesan kepada kawan-kawan sebaik-baik orang, pasti ada orang tak suka. Sejahat-jahat orang, pasti ada kawan-kawanya. Jadi dimana posisi kita? tepuk dada tanya diri sendiri, tengok cermin, kalau di rumah tidak ada cermin, datang rumah saya guna.

Akhir kalam, saya mendoakan semoga setiap fitnah, cacian, kezaliman, penipuan dan umpatan terhadap diri saya. keluarga dan sahabat diambil kira oleh Allah swt dan mereka yang bertanggungjawab mendapat balasan yang setimpal di dunia atau akhirat.. Saya masih lagi memperbaiki personaliti diri saya, maaf kerana saya memang takkan sempurna. Saya memohon maaf kepada semua atas segala kesilapan saya selama ini.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment