IrffanSabri Irffan Sabri

Wednesday, October 21, 2015

Usahawan Berminda Positif



Jadilah Diri Sendiri, Saya Adalah Saya, Dia Tetap Dia.

1. Melakukan apa yang kita suka dan minat.

Banyak perkara kita dapat dari perniagaan dalam bentuk kepuasan peribadi, keuntungan kewangan, kestabilan dan keseronokan yang akan menjadi jumlah yang melibatkan perniagaan. Jadi, jika kita tidak menikmati apa yang kita lakukan, dalam semua kemungkinan yang ada, selamat untuk kita menganggap bahawa semua ini dapat dilihat dalam kejayaan atas apa yang diusahakan - atau kekurangan berikutnya kejayaan. Malah, jika kita tidak menikmati apa yang kita lakukan, kemungkinan kita tidak akan berjaya atau tidak dapat melihat apa yang telah kita capai.

2. Mengambil serius dengan apa sahaja yang kita lakukan.

Kita tidak boleh mengharapkan sesuatu untuk menjadi kenyataan dan berjaya dalam perniagaan kecuali kita benar-benar percaya dalam perniagaan kita dan dalam barangan juga perkhidmatan yang kita jual. Ramai orang mengambil mudah atau jalan yang mudah dalam sesuatu perkara dimana akhirnya kita sendiri yang akan terasa kesanya. Setiap tindakan mestilah jelas dan kita faham apa yang kita buat.

3. Merancang segala-galanya.

Merancang setiap aspek pengurusan bermula daripada rumah kita adalah bukan sahaja satu perkara remeh, tetapi juga membina tabiat yang bakal kita jalani setelah keluar rumah. Kita perlu melaksana dan mengekalkan. Perbuatan perancangan pengurusan adalah sangat penting kerana ia memerlukan kita untuk menganalisis setiap keadaan perniagaan, penyelidikan dan menyusun data, serta membuat kesimpulan berdasarkan  fakta-fakta yang dinyatakan melalui penyelidikan. Rancangan pengurusan juga dapat membimbing kita ke arah matlamat kita dan bagaimana kita akan mencapainya.

4. Pastikan pengetahuan dalam bidang kita jelas.

Sebagai peneraju dan penyokong pasukan saya hari ini, itu tanggungjawab saya untuk belajar sebanyakmana yang saya boleh mengenai industri dan keadaan walau dimanapun kita berada, Pengetahuan bidang saya segar dan terus menghadiri majlis-majlis ilmu serta rajin bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman. Jangan segan untuk bertanya dan jangan rasa hebat kerana sudah berjaya. Tak perlu tanya rakan-rakan untuk melakukan apa sahaja yang kita tidak pernah dilakukan sendiri. Pekerja akan memberi penghormatan dan kerja keras untuk seorang ketua yang semakin kotor tanganya bersama mereka. Hormat itu tidak boleh diminta, hormat kerana takut itu adalah perkara yang berbeza.


5. Bekerja Dalam Satu Kumpulan.

Tidak ada satu orang pun boleh membina perniagaan yang berjaya sorang-sorang. Ia adalah satu tugas yang memerlukan satu pasukan yang tidak dapat dilakukan secara berseorangan kerana semua orang mempunyai tugasan dan kelebihan masing-masing. Taj Mahal tidak dibina dan dilakar planya oleh seorang manusia sahaja. Pasukan perniagaan kita mungkin termasuk ahli keluarga, rakan, pembekal, rakan perniagaan, pekerja, sub-kontraktor, industri dan persatuan perniagaan, kerajaan tempatan dan masyarakat. Sudah tentu ahli-ahli pasukan yang paling penting akan menjadi pelanggan atau pelanggan-pelanggan anda. Semua boleh bersuara dalam bagaimana perniagaan kita akan berfungsi dan kepentingan dalam masa depan perniagaan. Penting sekali rangkaian perniagaan dan mereka yang bersama kita. Disebabkan itu, kita perlu memilih yang terbaik untuk kehidupan yang lebih baik. Sebagai contoh, apabila diberi dua pilihan, saya memilih untuk luangkan masa bersama mereka yang lebih tua berkongsi pengalaman dan mereka yang berjaya untuk bertanyakan rahsia dan tips daripada melepak dengan rakan sebaya.

6. Penglibatan Awam.

Selalu keluar untuk mencari jalan dan peluang untuk terlibat dalam masyarakat atau individu yang menyokong perniagaan anda. Anda boleh melakukan ini dengan pelbagai cara, seperti masuk untuk membantu badan amal tempatan, terlibat dalam penganjuran acara komuniti, dan melibatkan diri dalam politik tempatan. Anda boleh menyertai persatuan dan kelab yang menumpukan perhatian kepada program dan dasar yang direka untuk meningkatkan masyarakat setempat. Ia adalah satu fakta yang orang suka untuk menjalankan perniagaan dengan orang yang mereka tahu berpotensi, Hidup mestilah cerdik dan sentiasa mengambil peluang. Tapi jangan sampai matlamat menghalalkan cara.



7. Dapatkan dan kekal teratur.

Setiap Perniagaan perlu mempunyai Operasi standard yang sudah dan jelas terbukti menghasilkan prestasi. Jika Tiada, mula bina sistem sistem Operasi dalam perniagaan. Pengurusan yang sama jika terbukti baik, atau cuba tingkatkan tahap pengurusan jika tidak memuaskan. Fokus Pada Satu Perniagaan Hingga Berjaya mendapat Keputusan  dan menunjukkan prestasi. Selepas itu, barulah bangunkan lagi Perniagaan tersebut Atau MEMBINA cabang perniagaan bergantung atas kemampuan.

8. Mentor atau Idola sebagai Contoh.

Setiap orang mempunyai mentor atau idola masing-masing dalam setiap bidang terutamanya perniagaan. Jadikanlah mereka sebagai inspirasi untuk kita berjaya. Belajarlah daripada pengalaman mereka dan terima nasihat dengan berkhemah. Jangan sibuk mengejar kejayaan sehingga ada yang ketinggalan. Cukup-cukup sudah mengira wang didalam saku orang, gunakan masa itu sebaiknya untuk menebalkan poket sendiri. Jika hari ini mereka hebat dan berjaya, mengapa esok kita tidak ingin mengikut jejak mereka, kalau mereka boleh buat mengapa kita tidak boleh.


Semua orang mempunyai kelebihan tersendiri. Cuma yang membezakan kita adalah keputusan yang kita ambil serta tindakan yang kita lakukan. Lambat dan leka membuat keputusan atau merebut peluang, kita sendiri akan ketinggalan.

Untuk berjaya dalam perniagaan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ianya tidak mungkin boleh tercapai dalam satu malam, tidak juga tercapai dengan hanya memetik jari atau berkata-kata. Untuk mencari kejayaan dalam perniagaan, sentiasalah mencari keberkatan dan berniagalah mengikut syariat Islam.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, October 21, 2014

Pemimpin Kejar Kuasa Akan Dijatuhkan Pengikut Sendiri



Assalamualaikum Wbt,
Bismillahirahmanirahim.
Pilihlah Pemimpin Berdasarkan Ketakwaan Kepada Allah SWT Dan Berkelayakan!

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT memberi tanggungjawab yang berat kepada pemimpin sebagai satu amanah bagi membawa golongan yang dipimpin mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Semakin tinggi kepemimpinan yang disandang, semakin banyaklah tanggungjawab yang mesti dilunaskannya.
Firman Allah SWT maksudnya : “Allah SWT menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan kamu, bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, seperti mana Dia telah menjadikan orang sebelum mereka, khalifah-khalifah yang berkuasa.” (Surah an-Nur, ayat 55)
Bagi meraih keberkatan Allah SWT, pemimpin mestilah memahami kehendak rakyat dan berusaha menunaikannya manakala rakyat pula mesti taat dan bekerjasama menjayakan sebarang usaha bagi meningkatkan kesejahteraan hidup mereka. Tugas seorang pemimpin bukanlah untuk membahagiakan dirinya, tapi pemimpin perlu memenuhi keperluan rakyat dan bukanya kehendak semata-mata. Kewajipan pemimpin juga adalah membawa pengikutnya ke arah yang baik.


Bicara tentang "Pemimpin Kejar Kuasa Akan Dijatuhkan Pengikut Sendiri". Pada hari ini kita tidak boleh nafi bahawa ada diantara pemimpin yang disanjung, merupakan pemimpin yang zalim dan hipokrit. Pemimpin seperti ini, hanya mengejar kuasa, kepentingan, nama dan kekayaan dunia. Pemimpin yang adil akan membawa kebahagiaan manakala pemimpin yang zalim akan membawa derita. Mungkin ramai yang tidak sedar kerana dibutakan dengan wang ringgit serta kepentingan semata-mata. Hakikatnya, ramai yang diluar sana menderita akibat peruntukkan tidak sampai, janji yang tidak tertunai, pengambilan hak rakyat dan sebagainya. Jadi saya tidak mahu huraikan panjang soal ini, cukup sekadar penjelasan umum. Saya teruskan dengan pendekatan rakyat perlu kenal siapa pemimpin mereka.

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Jadi, ia berhubung ketelusan dan siapa hendak jadi pemimpin perlulah dikenali ramai. Perlu juga diketahui semua kehidupan mereka, tidak ada yang peribadi. Kalau pemimpin itu bermasalah dan tidak berubah, kita perlu tolak kerana orang ini bakal menjadi penderhaka kepada amanah rakyat. Bukan sahaja sifat hipokrit yang dia bawa, malah dia juga akan mendidik pengikutnya ke arah yang sama. Dalam masa yang sama, sebuah kawasan itu bakal jadi porak peranda akibat perbuatan pemimpin berkenaan. Contohnya di sini, "Politik Wang" dimana-mana sahaja pemimpin ini akan mengamalkan pemberian wang demi mendapat penghormatan dan sokongan penerima. Akibatnya, mereka yang pernah menerima bakal terseksa jiwa kerana mengharapkan wang berkenaan kerana bergantung kepadanya. Ada juga pengikut yang tidak ada kerja, namun dibayar secara pukal, sanggup melakukan perbuatan yang keji tanpa disedari akibat kemaruk wang. Tambahan pula, apabila berlaku pemilihan atau pilihanraya, wang menjadi taruhan untuk menentukan kemenangan. Individu seperti itu dalam masa yang sama membawa kehancuran kepada generasi akan datang kerana ia sudah tercemar. Persoalanya, Dari mana datangnya wang yang banyak itu? Tepuk dada tanya selera. Rakyat perlu teliti dan bijak dalam memilih pemimpin serta berdikari untuk mendapat keberkatan dalam hidup, dimana maruah kita andai kita letak diri kita pada orang.


Amanah sebagai seorang pemimpin itu sangat berat. 
Tanggungjawab jika dilaksanakan secara kolektif dan penuh keikhlasan akan menerbitkan semangat untuk berkhidmat dengan lebih baik. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. bukannya mudah. Akan ada kawan dan lawan. Sebagai rakyat pula, kita tentulah berharap agar setiap pemimpin itu akan sentiasa memberikan yang terbaik, bukan membelakangkan kepentingan rakyat. Demikian juga sebagai pemimpin, tidak sepatutnya mereka mementingkan populariti, menceburkan diri dalam arena politik semata-mata untuk menambah harta dan kekayaan peribadi, menggunakan wang dan menyalahgunakan kedudukan politik untuk menarik sokongan. Kuasa yang ada sebenarnya adalah amanah dan hendaklah digunakan untuk menjamin kesejahteraan rakyat Namun apa yang berlaku ialah tidak semua pemimpin mempunyai keikhlasan dalam memikul tanggungjawab mereka bahkan tidak menyedari tentang beratnya tanggungjawab dan amanah yang dipikul. Mereka menjadikan jawatan sebagai batu loncatan untuk menjadi jutawan. Oleh sebab itu janganlah kita merasa hairan apabila ramai yang berani menampilkan diri untuk menjadi pemimpin malah berlumba-lumba untuk menjadi pemimpin padahal dalam hati mereka sendiri tidak ada keikhlasan. Maka di sinilah pentingnya peranan rakyat dalam memilih bakal pemimpin mereka. Adakah dia benar-benar layak atau sebaliknya kerana jika kita tersilap dalam memilih, padahnya adalah kepada kita sendir sebagai rakyat dan negara juga akan ditimpa mudharat.


Akhir kata, berbalik semula kepada tajuk asal, pemimpin yang kejar kuasa bakal dijatuhkan pengikutnya sendiri. Pengikut yang dimaksudkan adalah bekas pengikut setianya yang telah masak mengenali siapa beliau dan tidak dapat menerima pembohongan pemimpin berkenaan, mungkin juga mereka pernah dizalimi. Kedua, pengikut yang bersamanya sekarang, ini disebabkan apabila seorang pemimpin itu terlalu lama dan masih kejar kuasa, dalam masa yang sama pemimpin itu semakin alpa dan serba lupa. Ekoran itu, pemimpin itu telah membuang semua permata dan menggantikan dengan kaca. Permata yang setia dengan ikhlas tanpa mengharapkan wang ringgit. Kaca yang penuh dusta mengharapkan hidup yang lebih baik malah ada juga talam dua muka juga tahu kebenaran namun menafikanya. Percayalah bahawa dengan mengejar kuasa itu tidak akan kemana. Perlu muhasabah diri dan belajar terima kehendak Allah Swt. Redha dengan segalanya. Jangan mudah menghukum orang sesuka hati tanpa mengetahui kebenaran sebenar, Pesanan saya, 
 jangan tersilap ketika membuat pilihan kepada siapakah amanah yang besar ini hendak diserahkan. Jika kalian memilih orang yang tidak berkelayakan maka akibatnya negara akan diwariskan oleh orang-orang zalim dan fasik, yang akan membuat banyak kerosakan dimula bumi ini.


Semoga kita diberi petunjuk untuk bersama kebenaran. Amin.




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment