IrffanSabri Irffan Sabri: April 2014

Sunday, April 20, 2014

Official Instagram: IrffanSabri

Thanks. I will update everything about life, knowledge, construction and business there. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, April 11, 2014

Penyelesaian Untuk Masalah Shiah di Malaysia


Bismillahirahmanirahim,
Dengan nama Allah yang maha pemurah, maha pengasih lagi maha penyayang,
Saya memohon agar apa yang cuba disampaikan oleh saya ini jelas dan pembaca dapat mendapat sedikit sebanyak manfaat daripadanya.

Pada 10 April 2014, kumpulan saya telah membentangkan sebuah tajuk mengenai Shiah dalam kelas Islamic Revelead Knowledge yang berlanjutan selama hampir 40 minit walaupun masa yang diperuntukkan cuma 30 minit termasuk sesi soal jawab. Kami telah melakukan sebaik mungkin untuk berkongsi pengetahuan ini bersama rakan-rakan yang lain. Saya pula membentangkan bahagian "Solution For Shiah". Oleh itu, saya cuba kongsikan di blog rasmi saya ini sebagai tatapan umum mengenai beberapa pendapat saya dalam menangani isu Shiah yang semakin hari semakin panas di Malaysia.

Jadi saya telah menyatakan empat langkah dalam menangani isu ini.(cadangan)
1. Mencegah pertumbuhan Shiah di setiap negeri.
2. Menangkap sesiapa sahaja yang cuba untuk menyebarkan Shiah.
3. Menguatkan iman serta pengetahuan dikalangan individu dalam Islam.
4. Bertindak menggunakan ilmu pengetahuan.

Mencegah pertumbuhan Shiah di setiap negeri
  Secara umum, kita perlu akui bahawa mencegah lebih baik daripada merawat. Dalam isu ini, kita dapat mengenalpasti bahawa Shiah mempunyai potensi yang besar yang akan membawa kesan kepada agama dan negara. Malaysia rata-rata mereka yang beragama Islam, majoriti merupakan Sunni, yang berpegang teguh dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Oleh demikian, langkah yang paling jelas yang perlu kita lakukan di sini adalah menghalang segala aktiviti yang mereka anjurkan. Terlebih dahulu kita perlu mengenalpasti siapa mereka dan ciri-ciri seseorang yang menganut Shiah. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan isu ini menjadi semakin ketara dan menyebabkan sesuatu yang buruk berlaku. Saya juga berpendapat bahawa kita perlu memperjelaskan soal Shiah ini kepada umum khususnya Sunni di Malaysia. Ia sesuai sekali dilakukan oleh para ulama dan pengajar agama. Mereka perlu menerangkan dengan jelas tentang Shiah. Dalam masa yang sama, mereka perlu mengasah pemikiran ummah agar memantapkan kepercayaan kepada Allah Swt atau dalam erti kata lain iaitu akidah. Jelas di sini saya bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Kedah yang mengharamkan Shiah di negeri itu.

Menangkap sesiapa sahaja yang cuba untuk menyebarkan Shiah


  Untuk langkah ini, saya hanya mencadangkan beberapa perkara yang melibatkan penggubalan undang-undang. Namun begitu cadangan ini mungkin boleh diambil kira sebagai satu cadangan yang logik untuk menangani isu ini, tapi mungkin ia tidak dipersetujui oleh beberapa pihak atas faktor politik. Mungkin saya hanya mampu berkongsi sahaja mengenai cadangan ini. Sebenarnya cadangan ini merujuk kepada penggunaan Internal Security Act(ISA) dan Emergency Ordinance(EO). EO selalu digunakan dalam waktu yang darurat untuk sesebuah negara. ISA hanya tinggal kenangan di Malaysia setelah digantikan dengan SOSMA. Saya telah memperjelaskan dengan menggunakan undang-undang ini, negara telah memberikan kuasa penuh tanpa sebarang kekuatan kepada polis atau askar untuk bertindak atas arahan pihak tertentu atau pegawai atasan. Ini membolehkan pihak polis menangkap beberapa suspek untuk disoalsiasat. Alasan yang sering diberikan adalah zaman ini kalau nak tangkap orang, perlu ada bukti, nak cari bukti itu cukup rumit. Dengan menggunakan undang-undang ini, pihak berkuasa bebas menangkap sesiapa sahaja yang dianggap suspek baru disoal siasat. Dan saya percaya setelah ditangkap dan disoal siasat pasti ada sesuatu yang bakal ditemukan. Dengan itu, mereka boleh menangkap beberapa pemimpin Shiah terus ke dalam, kemudian disusuli pula dengan pengikut ajaran itu. Cukup ringkas. Maklumat tambahan, untuk melaksanakan undang-undang itu, Kementerian Dalam Negeri yang dipimpin oleh YB DS Ahmad Zahid Hamidi boleh kemukakan di parlimen untuk mendapat kelulusan. Kerana kita perlu ingat, di Malaysia segala undang-undang dibuat oleh parlimen melalui persetujuan majoriti ahli-ahli yang berhormat.


Menguatkan iman serta pengetahuan dikalangan individu dalam Islam


  Iman terdiri daripada; Membenarkan dengan hati maksudnya menerima segala apa yang dibawa oleh Rasulullah saw. Mengikrarkan dengan lisan, mengucapkan dua kalimah syahadat, syahadat “Laa ilaha illallahu Muhammadan Rasulullah” (Tidak ada sesembahan yang hak kecuali Allah dan bahawa Muhammad صلى الله عليه و سلم adalah utusan Allah) Mengamalkan dengan anggota badan, hati mengamalkan dalam bentuk keyakinan, sedang anggota badan mengamalkannya dalam bentuk ibadah-ibadah sesuai dengan fungsinya. 

  Perbaikilah diri kita apabila kita berasa iman kita berada di tahap yang paling rendah. Sesetengah orang cuba melepaskan peluang untuk memperbaiki diri apabila iman mereka di tahap yang rendah, dan ia mungkin berakhir kehilangan sepenuhnya. Jangan biarkan perkara itu berlaku kepada kita. Sebaliknya, ada orang yang apabila merasakan imanya di tahap sedemikian, dia akan bertindak secepat mungkin memperbaiki dirinya untuk menaikkan tahap keimananya. Iman tidak boleh dilihat, namun "Tepuk Dada Tanya Selera". Allah SWT Maha mengetahui.

  Kita juga perlu mengetahui fakta asas untuk menghadapi Shiah dengan fakta yang benar. Jelas berbeza dengan kepercayaan Sunni. Sentiasa memohon petunjuk daripada Allah Swt agar kita tidak sesat. Seandainya kita masih keliru, berdoalah. Seperti surah yang pertama Al-Fatihah, ayat ke-6 yang berbunyi ihdinaasirattanmustaqim yang bermaksud tunjukkanlah kami ke jalan yang benar. Kerana sebagai umat Islam, kita bertanggungjawab untuk mencari kebenaran.


Bertindak Menggunakan Ilmu Pengetahuan

  Ilmu yang dipelajari, perlu digunakan ke jalan yang benar serta diredhai. Dalam hal ini, saya menegaskan jangan menjadikan isu Shiah sebagai isu politik. Pada bulan Ogos yang lepas, sumber Harakah, Presiden Pas, YB DS TG Abdul Hadi bin Awang, telah menyatakan pendapat ini. Saya bersetuju denganya pada asalnya, apabila saya meniliti, saya terus beralih kepada pendirian saya iaitu kebenaran juga keadilan bahawa saya tidak setuju denganya apabila beliau menuduh kerajaan menggunakan isu ini sebagai isu politik. Adakah anda dapat melihat bahawa perkara ini sebenarnya mencipta kebencian sesama umat Islam dan membawa kepada perbalahan. Sudah cukup sudah umat Islam di Malaysia berpecah dan berpuak-puak(assabiah) kerana politik. Maka tidak perlu lagi jadikan isu Shiah ini sebagai isu politik. "Kamu kata dia Shiah, dia kata kamu Shiah". Dimana jalan pendamaian? Apa yang terjadi sebenarnya di Malaysia? umat Islam berpecah belah! ada juga yang saling membenci! apa masalahnya ini? Dalam masa yang sama, isu ini telah menimbulkan satu perasaan riak dan sombong dalam kalangan pemimpin dan penyokong. Percaya bahawa pegangan masing-masing adalah benar dan pegangan orang lain salah. Sedangkan Rasulullah SAW pernah memperjelaskan apa itu riak dan sombong, "riak itu adalah apabila kamu berhujah dengan benar dan kamu merendahkan orang lain". Dan Rasulullah SAW turut bersabda, "Orang yang mempunyai riak dalam diri walaupun kecil, tidak akan dibenarkan masuk ke syurga". Saya bersetuju dengan idealogi Ibnu Qayiim Rahimullah, yang menegaskan empat punca utama manusia menjadi riak iaitu ilmu, fiqh, hawa nafsu dan politik. Saya berharap agar pembaca dapat dengan jelas apa yang cuba saya sampaikan. Mari kita renungkan sejenak apa yang berlaku dengan politik di Malaysia. Huru-hara jadinya umat Islam. Sunni berkelahi sesama Sunni. Cukup setakat itu. 

  Langkah yang terakhir di sini saya mencadangkan agar isu ini dipandang serius oleh Kerajaan. Kerajaan perlu mengumpulkan para ulama dan meminta jasa baik mereka untuk berbincang dan duduk semeja. Hal ini bertujuan untuk berkongsi pendapat sesama ulama kerana mereka lebih arif soal agama. Mereka perlu memberi cadangan yang paling tepat dan dipersetujui oleh majoriti berdasarkan logik dan dikaji dahulu. Kesemua yang tertera di atas ini adalah untuk kebaikan ummah dan masa depan Islam sendiri.






  Kesimpulanya, kita umat Islam Sunni yang mengamalkan ajaran Islam yang jelas kebenaranya dalam kehidupan seharian kita perlu mengukuhkan iman dan pengetahuan kita tentang Islam supaya kita menjadi lebih berpengetahuan dalam berhujah. Untuk mematahkan hujah mengenai isu yang tidak benar, kita mesti mempunyai ilmu pengetahuan. Kita juga boleh menghapuskan gejala Syiah di negara ini dengan kerjasama orang Islam. Saya menyeru semua umat Islam untuk lebih berhati-hati dengan Shiah kerana mereka mempunyai agenda yang masih menjadi rahsia sehingga kini.

  

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment