IrffanSabri Irffan Sabri: June 2013

Friday, June 28, 2013

Coretan Perjuangan

Perjuangan nenek moyang terdahulu ikhlas tak terhingga sehingga generasi hari ini dapat merasakan kesenangan dan kebebasan tanpa ditindas orang asing. Tetapi dengan sikap negatif yang diamalkan, mampu membuat diri sendiri ditindas secukup rasa.
Sedih melihat ahli politik yang sanggup mengkhianati kepercayaan rakyat. Menggunakan jawatan yang ada untuk mencipta benteng diri sendiri dalam mengaut kekayaan duniawi semata-mata. Ada yang sanggup menggunakan agama untuk kepentingan politik. Ada juga yang sanggup berbuat apa saja demi dendam. Kebenaranya tak kira di pihak mana, atas individu, inilah dia perosak sebenarnya. Bunuh korupsi, hapuskan monopoli, hancurkan kezaliman rakyat. Bangkitlah pemuda puteri, kita tentang mereka ini habis-habisan walaupun dipanah ketika dalam medan tempuran, selagi hayat dikandung badan teruskan. Usah merasa diri hebat kerana mampu menaip di keyboard sahaja. Buktikan. Banyak yang rasa kononya mereka bagus sehingga wujud angan-angan sendiri bahwa mereka layak berjawatan. Contohilah kepimpinan terdahulu, sepatutnya kita lebih ikhlas dan telus daripada yang lama. Kepada mereka yang menggunakan medium politik sebagai membina diri, I will make sure my bullet going straight into your head. Kita kena tegas dan berani, zaman rasulullah SAW kebanyakkan pejuang yang berani yang membawa kejayaan kepada Islam. Saya cukup tak setuju mereka yang ikhlas dalam perjuangan sehingga sanggup menggadaikan harta, masa dan tenaga untuk kesenangan orang lain dizalimi malah tidak dihiraukan kepimpinan. Mereka perlu dijaga dan disayangi. Semoga perjuangan ini diberkati. Bersyukurlah kerana didikan ibu bapa tersayang dapat memperjelaskan situasi dan kebenaran sebenar-benarnya dari sudut kacamata ini.
Jangan lupa mereka yang bernama KELUARGA.

"Lari tidak akan menyelesaikan sesuatu perkara, ikhlas, tulus dan kasih sayang itu sebenarnya".

-Irffan Sabri
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment