IrffanSabri Irffan Sabri: August 2014

Monday, August 18, 2014

7 Jenis Persahabatan Namun Hanya Satu Sampai Akhirat


1. TA'ARUFFAN 
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya. . 

2. TAARIIHAN 

Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya. .

3. AHAMMIYYATAN 
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya. .

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya. .

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya. .

6. ADUWWAN 
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120) . Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan." .

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67) . Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah. Amin!


p/s: Saya pernah cuba bercinta dengan seorang sahabat namun tidak berjaya, apa yang Shah Rukh Khan kata dalam cerita Kuch Kuch Hotta Hai bahawa "Cinta itu Persahabatan" rupanya hanya penyedap hati, mungkin bukan rezeki saya.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, August 10, 2014

Transformasi Setelah Menjalani Dugaan


                                                                (Gambar Hiasan)

Assalamualaikum,

  Saya rasa masih sempat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat para pembaca. Maaf tahun ini tak sempat buat video ucapan akibat dihujani pelbagai dugaan, relevan dengan topik. Post kali ini berkaitan dengan transformasi ataupun perubahan setelah menjalani pelbagai dugaan serta onak duri dalam kehidupan.

  Tidak lagi dapat dinafikan sesungguhnya dugaan itu mengajar kita erti kehidupan sebenar. Allah Swt sayang kepada mereka yang mengalami dugaan kerana, Allah Swt tahu kita kuat, lantaran itu kita dihujani atau diberi dugaan sedemikian. 
    ”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]

  Bagi diri saya sendiri, saya akui setiap dugaan yang hadir sedikit atau banyak telah memberi kesan kepada diri saya. Ia merupakan salah satu daripada pengajaran terbaik sepanjang hayat. Saya banyak muhasabah diri mengenang apa yang berlaku. Beberapa kata-kata mereka yang saya sayangi tersemat di hati seperti teruskan, lawan, jangan putus asa dan jadilah Irffan yang dikenali dengan berani. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka. Kepada keluarga dan sahabat-sahabat juga yang sentiasa bersama saya susah dan senang. Syukur kehadrat Illahi.

  Banyak perkara yang saya belajar saat melalui segalanya. Soal keadilan, kesamaan, permainan dunia, kuasa, berjimat cermat, penindasan, setiakawan dan pelbagai lagi. Apa yang paling penting, hati saya bertambah besar impak daripada semua ini. Saya menjadi lebih kuat dan bertenaga. Rezeki pula datang melimpah ruah saat dugaan berakhir. Kasih sayang sesama insan semakin besar. Maka, saya membuat kesimpulan yang ringkas bahawa tabahlah walau sebesarmanapun dugaan itu dan percayalah bahawa semuanya akan berakhir cepat atau lambat dengan senyuman.

  Akhir kata, 
Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi penghapus kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu. Sesiapa yang menyifatkan bala bencana yang menimpanya sebagai nikmat dan menerimanya dengan reda akan mendapat balasan pahala daripada Allah, selain terhapus kekotoran dosa dan kesalahannya. Allah Swt tidak memandang kepada paras rupa,tetapi melihat kepada hati dan amalan. Amalan serta kebaikan tidak perlu ditonjol, bimbang hadirnya perasaan riak dan munafik, biar hulur dengan tangan kanan tanpa pengetahuan tangan kiri dengan ikhlas.



saya akan lebih gemar menulis blog ini disamping melancong dan terlibat dengan perniagaan bermula pertengahan Oktober ini. Banyak perkara yang ingin saya sentuh soal kemanusiaan, politik, sosial, budaya, ekonomi dan perkongsian pengalaman. Sekian. Terima kasih.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment