IrffanSabri Irffan Sabri: Pemuda yang tidur dibuai mimpi hidup atau mati

Monday, November 19, 2012

Pemuda yang tidur dibuai mimpi hidup atau mati

"Jika Islam diibaratkan sebuah rumah usang yang hampir roboh, akan ku merantau ke seluruh pelosok dunia bagi mencari JIWA2 MUDA. Aku bukan mahukan dari mereka, bilangan yang ramai, tetapi aku mahukan golongan yang benar2 ikhlas dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Jika aku menjumpai mereka, akan kuubah Islam itu dari rumah usang tadi kepada sebuah bangunan yang cantik dan tersergam indah."-imam Hasan Al Banna
Hari ini, sedar atau tidak, tahu memang tahu, cuma kita semua yang masih leka dan tidak mengambil serius tenang masalah ini. Ini bukan masalah kecil, ini sebuah masalah yang sangat besar. Pemuda Pemudi di negara ini juga kawasan tertentu tidak dijaga sebaik mungkin malah turut ke arah tanpa hala tuju. Baik keluarga mahupun pemimpin yang perlu mengejutkan mereka agar mereka bangkit untuk fikir soal kebaikan buat diri mereka keluarga, agama dan negara. Usah bicara perjuangan kalau lenanya pon masih berpanjangan.!Ayuh kita bangkit!!! Berapa kerat di antara kita yang benar2 mengikuti isu2 berkaitan ummat Islam sekarang ini?? renungkan sejenak. Ada ketua pemuda dalam kalangan NGO ataupun parti pun tidak ikhlas dalam menjaga mereka.

PERLU INGAT!!!
Pemuda 
bukan suruhan atau hamba orang atasan! tapi sahabat seperjuangan. Jangan ketika memerlukan sahaja menggesa mereka keluar turun padang. Jangan jadi dayus! hargai mereka seadanya kerana kita semua sama sahaja sebagai manusia biasa!
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Selamatkanlah bangsa kami yang sesungguhnya berpayung agama sucimu, selamatkan generasi muda kami, berikanlah kami kekuatan untuk menentang musuh islam yang sebenar!
Satupadukanlah kami semua agar kami dilihat kuat dari segi ukhwah dan persaudaraan.
Sedarkanlah puteri juga pemudi kami agar mereka tahu hukum agama , dosa dan pahala.
Amin!

Bangkitlah PEMUDA!
Berjuang untuk masa depan agama, bangsa dan negara daripada ditindas!
Biarlah apa orang kata asalkan kita IKHLAS!




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment